lama bebenor tak bercerita..betul betul takde mood..mood ada..tapi mood malas, mood letih je ada..mood rajin takde.. letih sangat hingga fikirkan nak baring + tdo je.. cikbawang pikir..aii letih benor aku sejok jadi bini orang ni..sedangkan aku mana ada buat apa apa kat rumah.. setakat basuh baju campak dalam mesin basuh..sapu umah seminggu sekali.. masak kadang kadang.. jadi apa yang letihnya kan? hingga lah satu masa.....malas nak cite panjang panjang..tiba tiba....jeng jeng jenggg...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
1 + 1 = 3
ngeee... Alhamdulillah.. cikbawang bakal menjadi ibu.... ibu mithali.. ngee.. jadi terjawab lah kenapa cikbawang mudah letih, penat.. rupanya ada makhluk Allah dalam perut cikbawang... :(
Tempoh hamil : 14minggu 1hari.
Perkembangan bayi : Dari mercu kepala ke punggung, panjang bayi anda adalah sekitar 3
setengah inci / 9 sentimeter, dan beratnya satu setengah auns / 43 gram.
Sekarang, badannya membesar dengan lebih cepat daripada kepala. Di
minggu ini, kulitnya yang halus senipis kertas itu menutupi badannya
dengan lanugo (bulu halus dan lembut yang lazimnya gugur sebelum
kelahiran). Walaupun bulu kening mula timbul dan rambut di kepala pun
tumbuh, ianya boleh bertukar tekstur dan warna sebelum kelahiran.
Di masa ini, fetus boleh memegang, mengecilkan mata, mengerut dahi dan menyeringai. Ia juga mungkin boleh menghisap jarinya. Penyelidik percaya bahawa pergerakan-pergerakan ini dan yang lain mungkin berlaku beriringan dengan perkembangan impuls dalam otak.
Di masa ini, fetus boleh memegang, mengecilkan mata, mengerut dahi dan menyeringai. Ia juga mungkin boleh menghisap jarinya. Penyelidik percaya bahawa pergerakan-pergerakan ini dan yang lain mungkin berlaku beriringan dengan perkembangan impuls dalam otak.
No comments:
Post a Comment