Sunday, July 08, 2012

cinta : adakah halal atau haram?

Allah SWT berfirman,

"...Oleh itu janganlah kamu berkata-kata dengan lembut manja (semasa bercakap dengan lelaki asing) kerana yang demikian boleh menimbulkan keinginan orang yang ada penyakit dalam hatinya (menaruh tujuan buruk kepada kamu), dan sebaliknya berkatalah dengan kata-kata yang baik (sesuai dan sopan)."
(Surah al-Ahzaab, ayat 32)

Mengapa perlu diucap perkataan sayang, cinta dan rindu kepada yang bukan halal bagi kita?

Ke manakah hala tuju perhubungan itu?

Adakah perhubungan itu diredhai Allah? Adakah ini semua dinamakan cinta?

tepuk dada tanya Iman..Astgahfirullahalazim, bermuhasabahlah teman-teman, moga diri kita tidak tergolong dalam kalangan hamba yang lalai dengan cinta duniawi ini..terlalu taksub dengan mainan syaitan hingga lupakan semua orang sekeliling termasuk teman teman sepermainan..

"Perempuan-perempuan yang keji untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji untuk perempuan-perempuan yang keji (pula), sedangkan perempuan-perempuan yang baik untuk laki-laki yang baik (pula). Mereka itu bersih dari apa yang dituduhkan orang. Mereka memperoleh ampunan dan rezeki yang mulia (syurga)."
(Surah an-Nur, ayat 26)

jagalah maruah diri, dan yang utama, jagalah hati. Berhati-hatilah dengan hatimu kerana dirimu begitu berharga pada pandangan Allah, bukan pada pandangan si dia. Cinta Allah terlalu Agung berbanding cinta si dia yang boleh hilang dan meninggalkan dirimu pada bila-bila masa sahaja. Cinta Allah kekal selamanya sampai ke syurga.
tiada istilah lewat dalam bertaubat..dan berubah untuk menjadi lebih baik..kenapa cikbawang terlalu beremosi sekarang ni kerana kejadian ni sedang berlaku dalam hidup cikbawang sekarang.. hanya doa yang mampu diberi semoga diberi hidayah dan kembali ke jalan yang benar..

jagalah diri, jagalah hati dan jagalah iman kita dan jaga maruah diri terutama wanita wanita Islam..InsyaAllah, dipermudahkan segala urusan.
peringatan utama untuk diri sendiri jugak..


sumber : iluvislam



Saturday, July 07, 2012

we are married!

happy anybesery untuk bulan pertama..kah!
save the date!! 08.06.2012