Monday, June 18, 2012

saya belajar!

Saya belajar, bahawa saya tidak dapat memaksa orang lain mencintai saya. Saya hanya dapat melakukan sesuatu untuk orang yang saya cintai.

Saya belajar, bahawa memerlukan waktu bertahun-tahun untuk membangun kepercayaan dan hanya beberapa detik saja untuk menghancurkannya.

Saya belajar, bahawa sahabat terbaik bersama saya dapat melakukan banyak hal dan kami selalu memiliki waktu terbaik.

Saya belajar, bahawa orang yang saya kira adalah orang yang jahat justru adalah orang yang membangkitkan semangat hidup saya kembali serta orang yang begitu perhatian pada saya.

Saya belajar, bahawa persahabatan sejati sentiasa tumbuh walau dipisahkan oleh jarak yang jauh. Beberapa diantaranya melahirkan cinta sejati.

Saya belajar, bahawa jika seseorang tidak menunjukkan perhatian seperti yang saya inginkan, bukan bererti bahawa dia tidak mencintai saya.

Saya belajar, bahawa saya harus belajar mengampuni diri sendiri dan orang lain, kalau tidak mahu dikuasai perasaan bersalah terus-menerus.

Saya belajar, bahawa lingkungan dapat mempengaruhi peribadi saya, tapi saya harus bertanggungjawab untuk apa yang telah saya lakukan.

Saya belajar, bahawa dua manusia dapat melihat sebuah benda, tapi kadang dari sudut pandang yang berbeda.

Saya belajar, bahawa tidaklah penting apa yang saya miliki, tapi yang penting adalah siapa saya ini sebenarnya.

Saya belajar, bahawa tidak ada yang serba cepat di dunia ini, semua memerlukan proses dan pertumbuhan, kecuali saya ingin sakit hati.

Saya belajar, bahawa saya harus memilih apakah menguasai sikap dan emosi atau sikap dan emosi itu yang menguasai diri saya.

Saya belajar, bahawa saya punya hak untuk marah, tetapi itu bukan bererti saya harus benci dan berlaku bengis.

Saya belajar, bahawa orang-orang yang saya kasihi justeru sering diambil segera dari kehidupan saya.

Selamat belajar.
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj1i1-61vR_Kj5iAJq7KsKE5nblaTJSysq_rhfwiLrG-leguSnVmCIcpvDHu0J9z40NCH_AIUA4XqoGqLcNRgxSTxA3RxFLIGKa6GsVyUn-XqDlHiVJCV_mjUy30ofgCduALvsINOl6Spg/s1600/rain-7.jpg sumber : facebook

Thursday, June 14, 2012

ceritera kita

Assalamualaikum!

tengok tengok tengok belog ni dah berhabuk! huh!
cikbawang bz sket 2-3menjak ni..maklum lah hor cikbawang dah selamat nikah dah!

Alhamdulillah... majlis berjalan bergerak dengan lancar.. takde masalah hujan ke naik air ke apa... cuma nye macam biasa lah.. kita tak dapat nak sesuatu tu terlalu sempurna! walaupun sikit mesti ada jugak masalah ke atau apa apa yang boleh buat spoiled mood..itu adalah lumrah!
banyak jugak masalah timbul lebih lebih lagi sehari sebelum majlis hingga kan 2x cikbawang nangis... sedih sangat! malam sembahyang hajat pun cikbawang nangis..sebab nye ada rahsia! ngeee
kesan daripada nangis tu esok nye cikbawang dapat mata yang bengkak! huh!cikbawang tak perasan pun tapi malam keesokkan nye tu cikbawang gi jalan2 ngan cikhubby ngan motor..nak dijadikan cerita tiba tiba motor mati! [kalu ikut bahasa teganu..motor mapuh! sedikit kasar] sebab takde minyak =.='
berdua dua an lah cikbawang ngan cikhubby tengah gelap sementara tunggu adik gi beli minyak motor..huh! masa tu lah cikbawang luah kenapa masa majlis kawin tu cikbawang tak happy sangat.. :-(
cikhubby cakap owh! patut lah abang tengok mata cyg bengkak! =.='

tapi takpe.. sume dah lepas.. cuma sekarang ni cikbawang duk pikir pikir lagi masa majlis tu ada tertinggal nak bagi bagi goodish ke kawan kawan.. sangat sangat bz sebab masa tu lah OP nak ambik gambo lagi..kawan kawan nak jumpa lagi..nak ambik gambo gedik gedik lagi ngan kawan..penat sangat tapi happy! sebab kite dah jadi bini org! ahhhakkkk!

sayan cikbawang sangat sangat terharu dan tersentuh dengan kehadiran kawan kawan sume.. :-(
sangat sangat! ada dari ajil..sedara sedara dari kuantan, kl yang jauh jauh yang dekat dekat! bawa hadiah lagi! cikbawang sangat sangat hargai! terima kasih sangat sangat!

dan kepada semua orang orang kampung yang datang membantu! wah!! sangat ramai... :D

ok! ramai orang tegur kita punya trademark orang lidi tu cantik! jadi tak susah nak cam kan kan kan..kita punya kad kawin pun ada orang lidi! ahhaaakkkk!

terima kasih!



Sunday, June 03, 2012

minggu bawang goreng

Assalamualaikum!

ketika duk menaip ni.. bau semerbak potpourri lavender menusuk nusuk idum..wangiiiii tapi bila lama lama bleh pening kepala... @_@

Alhamdulillah... bawang 80kilo dah siap digoreng dan disimpan pun.. semalam gotong royong goreng bawang memang penat gile..tapi mujur sangat sangat ramai orang kampung datang tolong.. tu lah antara kelebihan orang kampung.. semangat gotong royong tinggi..hingga kan ada makcik makcik yang datang tak buat apa apa pun..


Alhamdulillah jugak sebab tukang masak sendiri datang untuk tengok cara bawang ni digoreng... =.='
rupanya banyak petua tukang masak ni..hingga cara nak goreng bawang ni pun ada cara nya.. bayang kan 80kilo bawang ni siap goreng semua lebih kurang pukul 5petang gitu.. kira nya cepat lah jugak..

dah tak sampai seminggu lagi..nak bertukar status.. macam macam perasaan ada maii.. ada tak sabar, takut, bimbang, sedih sume..
tak sabar sebab dah penat..tak sabar nak cepat cepat..sebab nak rehat..[aci ke macam ni :))]
takut sebab takut tak ready zahir batin :(
sedih sebab dah bertukar status.. nanti dah tak boleh nak rasa masakan bonda selalu :(

semoga dipermudahkan semua nye... :(

opss Alhamdulillah jugak sebab rumah sewa dah hampir dapat :D
cantik rumah nye.. cikbawang tak kisah kecik pun sebab berdua je kan... cikbawang cakap 'hampir dapat' tu sebab selagi tak serah kunci rumah tu selagi tulah tak nak excited sangat.. nanti kalau tak dapat merana sangat.. tempat nya strategik lah jugak sebab dekat dengan rumah bonda ngan tempat kerja :D

Alhamdulillah.. Segala Pujian Adalah Bagi Allah...
dan cikbawang doakan semua yang baca ni supaya sentiasa dirahmati Allah..