Friday, April 27, 2012

proses mengapam

Assalamualaikum.. dan salam berjumaat..

sementara tunggu jam nak keluar untuk selesaikan urusan urusan berkaitan borang bla bla blaa.. saksi bla bla blaaa.... ok sini nak share satu resepi apam eno.. dalam belog sebelum ni dah ada resepi ni..tapi rasa nak copy balik untuk menyenangkan pabila nak rujuk esok esok..



Bahan-bahan:
1 cawan nasi
2 cawan tepung beras
  3/4 cawan gula
1 1/4 cawan air
1 sudu kecil yis
1 peket kecil eno

Caranya :
  • Blend nasi dengan air hingga halus kemudian masukkan gula tepung dan yis. Blend lagi hingga sebati. Masukkan ke dalam bekas dan tutup rapat. Perap 3 atau 4 jam atau lebih
  • Selepas diperap kacau perlahan dan masukkan eno, kacau sebati perlahan-lahan 
  • warnakan ikut suka
  • Panaskan kukusan dan kukus selama 15 hingga 20minit dengan api kuat.
tujuan api kuat tu untuk bagi merekah bahagian atas..nanti akan terbentuk cantik macam kelopak bunga.. tapi yang cikbawang punye terlalu gebuss kot sebab tu tak nampak sangat kelopak nye kottt... kihkih

untuk kelapa muda tu gaulkan dengan sedikit garam dan gula.. sangat sangat best..

enjoy..

No comments:

Post a Comment