Saturday, April 07, 2012

apam polka dot dot dot

Assalamualaikum... opss tak tidur lagi..terlupa nak post kisah siapam ni haa.. buat petang tadi dengan anak anak sepupu yang kecik kecik tu..ekekeke


macam macam seni ada hasilan tangan sikanak kanak..alahai

dah tak boleh bagi nama apam polka dot lagi dah.. =.=

percubaan kali ke dua ni berlainan daripada kali pertama dulu.. kali ni lebih gebu dan lembut berbanding dengan dulu yang pakai campak je semua adunan dalam mixer.
sumber resepi dah lupa kat ambik kat mana..

dengan sedikit olahan sendiri daripada resepi asal.. 

Bahan-bahan :
3biji telur sejuk dr peti ais (asingkan putih & kuning telur)
2 1/2cawan tepung naik sendiri (di ayaki)
1/2cawan gula
1 s/k ovalette
150ml susu segar/susu cair/santan
1s/k esen vanila
bluberry atau apa2 je sebagai filling
pewarna

1. Pukul putih telur hingga bertanduk
2. Masukkan kuning telur, gula, esen vanila & ovalette pukul smpai kembang lagi
3. Masukkan tepung yg telah di aya sedikit demi sedikit berselang selikan dengan susu td, mixer pd kelajuan paling minimun.
4. Bahagikan adunan kepada beberapa mangkuk untuk diwarnakan dan masukkan dlm piping bag.
5. Picit adunan ke dalam papercup yg telah dimasukkan ke dalam acuan lompang 3/4, kemudian picitkan sdikit inti, dan penuhkan papercup td dgn adunan apam tadi.
6. Kukus selama 15minit dengan api perlahan

notakaki:tutup tudung pengukus dengan kain supaya air tidak menitik atas apam

selamat mencuba and enjoy ur apam.. ;)

No comments:

Post a Comment