Wednesday, September 26, 2012

resepi : ayam goreng dengan lada hitam sedap!

Assalamualaikum..

hari ni nak kongsi satu resepi yang tersangat best.. resepi ayam goreng dengan lada hitam.. 



macamana tak best nye kalu suami cikbawang menambah makan sebanyak 3x.. langsung tak membazir semalam..makan ngan nasi goreng biasa biasa je.. takde sayur sangat.. guna dan berbakti dengan apa yang ada je kat rumah tu.. maklum lah cikbawang bukan nya masuk dapur sangat sejok pengnen ni.. biasa nya makan kat luar atau g rumah umi je..

alahaiii..meleret pulak sembang nye.. apa pun tengok resepi nye dulu..mohon halal ye tuan empunya.. :)

sumber/rujukan : dayangjack

bahan bahan :
3ketul ayam dicuci bersih
1s/b sos tiram
1s/b kicap pekat
serbuk lada hitam atau yang berketul ketul tu boleh ditumbuk
sedikit garam
sedikit gula

caranya :
* gaul semua bahan pastu perap ayam selama 1jam atau lebih..
* pastu goreng ayam tu macam biasa..
* dah masa tu hidang dan boleh terus makan..
tak rugi mencuba..dengan menggunakan bahan bahan yang senang je.. :)



rasanya lebih kurang dengan kedai herba yang ada menu nasi goreng ayam bako black papper kat Bukit Bayas ngan Pulau Kambing.. kalu kedai diorg tambahkan sos lada hitam.

haa?? resepi nasi goreng nak jugak ke? yang tu try goreng sendiri ek.. cikbawang campak campak je bahan yang ada kat rumah pahtu tiba tiba dah siap.. takde guna bahan pelik pelik pun sama macam orang lain goreng nasi..ngee

Tuesday, September 25, 2012

setelah bersawang lama : tiba tiba nak jadi ibu dah..

lama bebenor tak bercerita..betul betul takde mood..mood ada..tapi mood malas, mood letih je ada..mood rajin takde.. letih sangat hingga fikirkan nak baring + tdo je.. cikbawang pikir..aii letih benor aku sejok jadi bini orang ni..sedangkan aku mana ada buat apa apa kat rumah.. setakat basuh baju campak dalam mesin basuh..sapu umah seminggu sekali.. masak kadang kadang.. jadi apa yang letihnya kan? hingga lah satu masa.....malas nak cite panjang panjang..tiba tiba....jeng jeng jenggg...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
1 + 1 = 3
ngeee... Alhamdulillah.. cikbawang bakal menjadi ibu.... ibu mithali.. ngee.. jadi terjawab lah kenapa cikbawang mudah letih, penat.. rupanya ada makhluk Allah dalam perut cikbawang... :(


http://www.babycenter.com.my/i/fetal_development/MY/week14/index.jpg 
Tempoh hamil : 14minggu 1hari.
Perkembangan bayi : Dari mercu kepala ke punggung, panjang bayi anda adalah sekitar 3 setengah inci / 9 sentimeter, dan beratnya satu setengah auns / 43 gram. Sekarang, badannya membesar dengan lebih cepat daripada kepala. Di minggu ini, kulitnya yang halus senipis kertas itu menutupi badannya dengan lanugo (bulu halus dan lembut yang lazimnya gugur sebelum kelahiran). Walaupun bulu kening mula timbul dan rambut di kepala pun tumbuh, ianya boleh bertukar tekstur dan warna sebelum kelahiran.

Di masa ini, fetus boleh memegang, mengecilkan mata, mengerut dahi dan menyeringai. Ia juga mungkin boleh menghisap jarinya. Penyelidik percaya bahawa pergerakan-pergerakan ini dan yang lain mungkin berlaku beriringan dengan perkembangan impuls dalam otak.
sumber : babycenter
 
takde yang lain selain daripada zuriat yang dipikirkan selepas berkahwin.. Alhamdulillah.. terkadang cikbawang pikirkan macam cepat je dapat baby ni.. tapi bila pikir panjang sikit cikbawang bersyukur sebab ada pasangan yang dah bertahun kawin tapi masih takde zuriat..jadi cikbawang terima semua ni sebagai rezeki yang Allah bagi untuk cikbawang dan suami..
setiap masa ibu doakan anak ibu akan menjadi anak yang soleh dan comey..insyaAllah