saya belajar!
Saya belajar, bahawa saya tidak dapat memaksa orang lain mencintai saya.
Saya hanya dapat melakukan sesuatu untuk orang yang saya cintai.
Saya belajar, bahawa memerlukan waktu bertahun-tahun untuk membangun kepercayaan dan hanya beberapa detik saja untuk menghancurkannya.
Saya belajar, bahawa sahabat terbaik bersama saya dapat melakukan banyak hal dan kami selalu memiliki waktu terbaik.
Saya belajar, bahawa orang yang saya kira adalah orang yang jahat justru
adalah orang yang membangkitkan semangat hidup saya kembali serta orang
yang begitu perhatian pada saya.
Saya belajar, bahawa
persahabatan sejati sentiasa tumbuh walau dipisahkan oleh jarak yang
jauh. Beberapa diantaranya melahirkan cinta sejati.
Saya
belajar, bahawa jika seseorang tidak menunjukkan perhatian seperti yang
saya inginkan, bukan bererti bahawa dia tidak mencintai saya.
Saya belajar, bahawa saya harus belajar mengampuni diri sendiri dan orang
lain, kalau tidak mahu dikuasai perasaan bersalah terus-menerus.
Saya belajar, bahawa lingkungan dapat mempengaruhi peribadi saya, tapi
saya harus bertanggungjawab untuk apa yang telah saya lakukan.
Saya belajar, bahawa dua manusia dapat melihat sebuah benda, tapi kadang dari sudut pandang yang berbeda.
Saya belajar, bahawa tidaklah penting apa yang saya miliki, tapi yang penting adalah siapa saya ini sebenarnya.
Saya belajar, bahawa tidak ada yang serba cepat di dunia
ini, semua memerlukan proses dan pertumbuhan, kecuali saya ingin sakit hati.
Saya belajar, bahawa saya harus memilih apakah menguasai sikap dan emosi atau sikap dan emosi itu yang menguasai diri saya.
Saya belajar, bahawa saya punya hak untuk marah, tetapi itu bukan bererti saya harus benci dan berlaku bengis.
Saya belajar, bahawa orang-orang yang saya kasihi justeru sering diambil segera dari kehidupan saya.
Selamat belajar.
sumber : facebook
No comments:
Post a Comment