Wednesday, July 24, 2013

nukilan ibu untuk anak


anak..
ibu tatang ngan penuh kasih sayang..dari dalam perut ibu lagi..lambang cinta ibu dan abi..
makin hari anak makin besar..setiap hari belajar bende baru.. hinggakan ibu terlepas apa yang anak pelajari dan apa yang anak praktikkan..maafkan ibu ye sayang..

anak..
sentiasalah ingat dan cintai Allah dan Rasul.. apa jua masalah nanti berbaliklah dan rujuk pada alQuran.. insyaAllah hidup anak akan lebih tenang dan bahagia..itu juga doa ibu..

cintailah keluarga..utamakan keluarga..andai ditakdirkan anak akan menjadi kakak sulong..didiklah adik adik ngan baik..jangan bergaduh hingga bawa ke permusuhan..anak kena ingat susah kita nanti tak lepas daripada adik beradik yang akan tolong..utuhkan ukhwah saudara ngan kuat yee..

anak..pelajaran tu penting tau.. adanye ilmu insyaAllah kita tak akan ditindas..dan jangan sombong dengan ilmu yang ada..anak kena ingat apa yang kita miliki semua hak Allah.. Allah berhak untuk tarik semua nikmat yang dikurniakan kat kita..

ibu nak anak ibu menjadi seorang yang kuat..sesuai ngan nama anak Arissa bermakna kuat.. kuat menempuh hari hari akan datang.. kuat semangat setiap kali ada ujian daripada Allah.. kuatkan iman ketika diuji..kuatkan hati bila diduga..hidup ini tak mudah..hanya yang kuat iman nya mampu harungi..ingat pesan ibu..apa jua masalah, saat bahagia saat duka mengadulah pada Allah...Allah Maha Mendengar sayang..

anak..
sentiasalah belajar daripada kesalahan..jangan takut bila melakukan kesalahan..dan sentiasa memaafkan sape saje yang melukakan hati anak..

kecantikan bukan terletak pada rupa yang cantik semata mata..kecantikan pada hati yang tulus, jiwa yang murni akan dipamerkan diwajah..remember that!

sentiasa dahulukan keluarga dan sayangi mereka..kerana ibu dan abi sangat sayangkan anak..jika suatu hari ibu dan abi memarahi anak..percayalah..ianya hanya untuk kebaikan anak kerana anak adalah anak kesayangan ibu dan abi..





owh..jangan sesekali terlibat ngan politik..ibu tak suka..
 masih banyak cara untuk anak berbakti pada negara..
 
hari ni anak dah berusia 4bulan.. anak akan sentiasa jadi baby ibu dan abi.. permata hati ibu dan abi.. tak kesah lah berapa usia anak pun.. 4tahun..14tahun atau 40tahun sekali pun..

ibu tak kan sesekali penat untuk menjadi ibu kepada anak..even tersengguk sengguk bangun 2-3kali tengah tengah malam semata mata untuk susukan anak..
ibu tak akan penat untuk dengar celoteh anak untuk bercerita itu ini..even ibu tak paham bahasa anak..
ibu tak akan penat untuk dodaikan anak..
ibu tak akan penat untuk pujuk anak ketika nangis..
ibu tak akan sesekali penat untuk apa jua keadaan anak..kerana ibu sayangkan anak..soo much!

ibu korbankan jiwa raga ibu ketika lahirkan anak..untuk anak lihat dunia ciptaan Allah yang begitu indah..sakitnya hanya ibu yang rasa..demi anak..ibu nangis..untuk anak..ibu jerit..untuk anak..sakitnya hanya Allah yang tau..demi anak ibu..pertama kali ibu peluk anak begitu sayu hati ibu..pertama kali ibu dengar suara merdu anak menangis..sujud syukur ibu pada Allah kerana kurniakan anak kepada ibu..

anak..maafkan ibu dan abi sekiranya ada kekurangan dalam membesarkan anak..tidak dapat memenuhkan setiap kehendak anak..kerana anak perlu belajar untuk dapatkan apa yang anak hajati dengan usaha anak sendiri..

namun ibu kan berusaha menjadi ibu yang terbaik untuk anak.. untuk anak yang ibu kandung 39minggu 5hari..anak yang ibu bawa bersama sama ibu kemana saja ibu pergi.. apa yang ibu buat, anak pun buat..ibu sedih, anak pun sedih..ibu sakit, anak pun sakit..ibu gembira, anak pun suka..ibu makan, anak pun rasa..manis, pahit, masam, tawar...apa yang ibu buat..kita buat samasama.. owhh bahagianya saat itu..
ibu percaya setiap kali ibu sedih..mesti anak pun sedih kerana kita adalah satu..kita berkongsi naluri yang sama..
anak.. percayalah ketika anak bersedih kerana sakit..ibu harapkan untuk tanggung kesakitan anak..kerana ibu tak sanggup melihat..

ibu akan sentiasa jadi ibu kepada anak..setiap masa sekalipun ibu sibuk dan penat..kerana ibu sangat sayangkan anak..anak ibu dan abi dunia akhirat..



with love..
ibu



No comments:

Post a Comment