Hidup ini ada kalanya agak susah juga memujuk hati, kan? Memang.
Sebab antara kehendak hati dan akal saling bergelutan. Tidak cukup
dengan itu, antara kehendak hati dan takdir ALLAh yang cukup baik itu
juga hebat bersaing. Dan akhirnya, yang menang adalah ketetapan takdir
ALLAh yang sudah tertulis di Lauh Mahfuz sana.
Apabila kehendak diri dan takdir bergelutan, sangat sakit bukan.
Dan sebab itu juga, ramai yang tertunduk dan duduk terkulai. Tidak
mampu untuk berdiri. Sebabnya, tidak dapat menundukkan kehendak diri
dengan akal yang waras mengenai apa yang terjadi. Dan perbuatan
sedemikian tidak lain tidak bukan, hanya merugikan diri sendiri. Orang
Islam, tidak akan selamanya tertunduk lemah dengan sebahagian permainan
dunia yang mengusik kehidupan yang adakalanya usikan itu sangat radikal
dan mampu membuat hati mati bagi empunya diri yang tidak dapat mengawal
hati dan perasaan dan diseimbangkan dengan fikiran yang berlandaskan
iman.
Persoalannya, bagaimana untuk redha dengan percaturan Ilahi?
Saya hendak belajar mengenainya. Senyum.
Saya hendak belajar mengenainya. Senyum.
Duduk Sebentar Berfikir
Satu hari, seorang kawan bertanya, bagaimana untuk pasrah atas dugaan yang menimpa?
Ada sesetengah orang sekejap aja dapat memujuk hati yang sedang
berduka terhadap ujian ALLAh. Ada setengahnya pula, akal ingin
meredhakan, namun hati membantah sekerasnya. Mereka ini sebenarnya
keliru. Antara ego dan kasih-sayang ALLAh.
Sekali lagi saya suka petik kata-kata salah seorang guru saya,
“Orang yang beriman, tiada istilah masalah dalam hidupnya. Yang ada,
hanya cubaan. Dan cubaan dari ALLAh itu bukanlah untuk dianggap masalah
melainkan untuk mencari jalan penyelesaiannya. Hidup ini, jangan
mengusutkan otak kamu yang sudah memang ALLAh jadikan sedikit serabut
tu. Usaha dan usaha lagi..”
Besar makna kata-kata beliau.
Sahabat, mari sini. *pimpintangandia*
Apabila ujian datang menyapa kehidupan, cuba duduk sebentar bertafakkur dan jangan cepat melatah. Mengucap banyak-banyak. Luahkan segalanya pada ALLAh SWT. Pohon keredhaan pada-Nya jika apa yang berlaku itu adalah yang terbaik buat diri sendiri dan keluarga.
Kadang-kadang, ALLAh menegur melalui ujian yang sedang dihadapi.
Jika terasa ingin menangis, maka biarkanlah airmata itu merembes
membasahi pipi. Airmata itu ALLAh cipta bukan sia-sia, kadang kala
melepaskan yang terkurung dijiwa melalui airmata boleh meredakan hati
yang sedang berduka. MashaALLAh, ALLAh memang Maha Hebat! Tiada satu
ciptaan-Nya pun yang sia-sia.
Dalam masa duduk itu, mari sama-sama koreksi diri. Bertanya apakah
sebenarnya yang telah kita pernah lakukan sehingga ALLAh ingin menegur?
Dalam keadaan begini, banyak-banyakkan untuk memujuk hati agar bersangka
baik sangat-sangat pada ALLAh.
Jangan biar syaitan menguasai hati anda yang sedang suram.
Banyakkan Berdoa, Jangan Berdiam Diri
“Saya dah pasrah. Dah redha dan terima semuanya..”
Dialog di atas ini tiada maknanya terlafaz di bibir andainya anda
tidak mengisi sesuatu dengan ilmu ALLAh. Tidak cukup dengan mengatakan
anda pasrah tanpa mendekatkan diri kepada-Nya. Jika anda mengungkapkan
seperti ini dan keadaan anda seperti ini, maka saya turut bersedih. Anda
sebenarnya telah berputus asa dengan ALLAh.
Islam ini sangat cantik!
ALLAh menguji manusia, namun ALLAh siapkan segala-galanya. Ibarat,
ALLAh melepaskan kita dengan bekalan, dan ALLAh akan menguji kita. Dan
ALLAh hendak tengok, apakah kita pandai menggunakan bekalan yang ALLAh
telah beri itu atau tidak.
Apa bekalan tu? Nasikah? Bukan. Bekalan ilmu.
Lihat ya sahabat, jika kita sering membaca al-Quran dan sentiasa
berdamping dengannya, inshaALLAh anda akan perasaan terlalu banyak
doa-doa yang mahsyur didalamnya. Doa para Nabi dan Rasul serta
orang-orang soleh terdahulu, dimana doa itu menjadi panduan untuk kita
memohon kepada ALLAh.
Anda sedang bersedih? Nah, hayati ayat ini, dan boleh amalkannya, inshaALLAh.
“..Ya Tuhanku, berilah aku petunjuk agar aku dapat mensyukuri
nikmatMu yang telah Engkau limpahkan kepadaku dan kepada kedua orang
tuaku, dan agar aku dapat berbuat kebajikan yang Engkau redhai, dan
berilah aku kebaikan yang akan mengalir sampai kepada anak cucuku.
Sungguh, aku bertaubat kepada Engkau, dan sungguh, aku termasuk orang
Muslim.
– al Ahqaf : 15
Dan, bukankah sepatutnya kita siap-siap untuk menerima ujian dengan
hati yang terbuka? Kerana, ALLAh telah berjanji didalam al-Quran, bahawa
setiap kesusahan itu pasti ada kesenangan.
“Bukankah Kami telah melapangkan dadamu? Dan kami pun telah
menurunkan beban darimu. Yang memberatkan punggungmu. Dan kami tinggikan
sebutan (nama)mu bagimu. Maka sesungguhnya bersama kesulitan itu pasti
ada kemudahan. Sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan. Maka
apabila engkau telah selesai (dari suatu urusan), tetaplah bekerja keras
(untuk urusan yang lain. Dan hanya kepada Tuhanmulah Engkau berharap.” –
al Insyirah : 1-8
Nah, mengapa patut rasa diri dianiaya? Bukankah dunia ini sementara
dan ujian itu sementara? Perlukah untuk berputus asa? Tidak! Yang
penting anda kekal berusaha, maka bantuan dari langit akan tiba.
Senyumlah. Percayalah. Tolong saya ukir senyuman dibibir sesama kita.
Senyum.
Ujian ALLAh Datangkan Hendak Membersihkan Manusia
Sebenarnya, ALLAh bersama anda setiap masa dan ketika. Ketika anda
lapang dan ketika ditimpa ujian yang ALLAh datangkan. Dan ujian itu
tidak sepatutnya kita lihat sebagai hanya ‘seksaan’ semata-mata dari
ALLAh. Hal ini kerana, ujian itu sebenarnya adalah kasih sayang
dari-Nya.
Dalam pada masa diuji itu, ALLAh cuba memberi kebaikan atau pun point
pahala kepada kita. Habis tu? Kenapa ALLAh uji kalau nak bagi pahala?
Jawapan saya, kerana ALLAh sayang pada anda! Senyum.
Saya beriman dengan hadis Rasulullah ini,
Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi SAW bersabda : “Siapa yang ALLAh kehendaki kepadanya kebaikan, nescaya ALLAh mengujinya.” – HR. Bukhari
Anda lihat? Subhanallah. Ujian yang disertai kasih-sayang dan
kebaikan. Dan ALLAh bukan hanya ingin memberi kebaikan kepada manusia,
malah ingin menghapuskan dosa-dosa yang pernah kita lakukan selama ini.
InshaALLAh, jika kita belajar untuk menerima seadanya ujian ALLAh itu.
Ini berdasarkan hadis Rasulullah SAW.
Daripada Abu Said al-Khudri r.a. dan Abu Hurairah r.a., Nabi SAW bersabda : “Tidak menimpa seorang mukmin suatu penyakit yang berpanjangan, kepayahan, sebarang jenis kesakitan, dan kesedihan malahan kedukacitaan, melainkan dihapuskan sebahagian dosa-dosanya.” – HR. Bukhari & Muslim
Subhanallah! Subhanallah! Subhanallah!
Hati anda tidak berbunga-bungakah jika ALLAh ingin menghapuskan dosa-dosa anda?
Mencari Hikmah Disebalik Ujian ALLAh
Hikmah disebalik ujian? InshaAllah, anda sendiri akan merasainya.
Sama ada anda menyedari, insaf, makin dekat kepada ALLah, maka anda
bersoal jawab dengan diri sendiri didalam pengawasan ALLAh.
Ada ujian yang menginsafkan kita dan menjadikan kita seorang hamba
dan seorang manusia yang lebih baik jika kita berfikir. Dan ada ujian
yang membuatkan manusia semakin jauh dan menjadi seorang manusia yang
hilang arah tuju, jika manusia itu sendiri tidak mahu membuka minda dan
hati.
Makanya, hati ini, dada ini, perlu dibuka seluas-luasnya apabila bersoal jawab dengan ALLAh.
Kerana, cahaya itu tidak akan masuk melalui tingkap yang tertutup rapat. *senyum*
Kerana, cahaya itu tidak akan masuk melalui tingkap yang tertutup rapat. *senyum*
Hei sahabat, boleh saya genggam tangan kamu? Saya hendak cakap sesuatu ni..
“Ujian yang hebat dan dahsyat hanya untuk orang-orang yang hebat dipandangan ALLAh!”
Anda mahu hebat pada pandangan ALLAh? Maka, jom menjadi seorang hamba
ALLAh yang sentiasa kuat, kuat, kuat dalam keimanan. Orang Islam tidak
pernah mengalah! Tidak pernah! Mari, mari menjadi kuat!
Semoga ALLAh merahmati.
sumber : cintaiIlahi dotcom
MasyaAllah... betapa nipisnya iman kita.. penulisan yang betul betul tinggal kesan kat hati cikbawang..
mode : sedih kerana merasa insaf
*nangis cover cover*
No comments:
Post a Comment